dalam bulan Ramadhan ni macam macam perkara yang kita tak jangka boleh berlaku. contohnya macam ribut, kemalangan, kecelakaan dan juga rezeki melimpah ruah yang diberi Allah SWT. tapi bagi aku, aku memang tak mengharapkan apa apa. yang jahat yang baik, itu semua rezeki. tapi sangat aku tak sangka pada satu malam aku dapat SMS yang berbau ugutan dan pesanan yang agak intimidating tapi still aku rasa tak logik untuk diterima akal sebab SMS tu sangat sangat lah menggangu ketenteraman aku selepas waktu berbuka. terima kasih sangat sangat aku ucapkan pada penghantar SMS yang GILA tu!
aku nak ucapkan terima kasih pada si penghantar sebab kerana jasa dia yg
tiba tba menghantar SMS sebegini pada aku
"ingat sikit hidup ni bukan sentiasa kat atas, sampai masa kita mati jugak.."
ketika aku sedang duduk duduk berehat. kerana terlalu insaf dengan pesanan si penghantar SMS dan juga risau takut SMS yang begitu berharga dah tersalah hantar aku pun reply la
"ko ni sape? tibe2 hantar mesej macam ni?".
lalu si penghantar SMS pun reply
"bo lar mu kecek. aku cume nak pesan ape bende ntah aku lupe ape
yang die pesankan kat aku tu. ko ingat la.".
hahaha bertuah nye aku diberi ingatan sebegitu rupa. aku pun membalas SMS si penghantar SMS ini,
"ko ni sape, ko da salah hantar mesej ni. aku tak cari pasal dengan sape2
tibe tibe ko hantar SMS macam ni."
lalu die turut membalas dengan sebuah SMS yang begitu berharga sekali
"aku tak salah k. ingat la apa yang aku pesan ni k. salam!"
walawehh aku sangat insaf dengan tegurannya. aku pun ucap terima kasih la kan..
"haha, thanks. ko pun jugak ok. salam!"
hahaha. aku sangat bangga dapat mesej sebegini. tak pernah aku dapat SMS sebegini.
SMS dari pihak si penghantar agak lain sedikit dialeknya tapi dengan kandungan yang lebih kurang sebab aku tak pandai la nak tiru kata kata dia yang umpama intan berlian tu.
tapi yang terkilannya, aku cuba nak hubungi si penghantar SMS ni. nak la ucap terima kasih dan nak tanya kat universiti mana si penghantar SMS ni menuntut sebab sungguh manis cara tegurannya terhadap aku tu. tapi agaknya si penghantar SMS sedang beribadah sebab langsung call aku tak diangkatnya dalam jangka masa dia menghantar pesana ringkas ke handphone aku tu. yelah, tengah bertafakur agaknya. hahaha.. bangga aku dipilihnya.
ouh, yang paling seronok, SMS yang dihantar tu berdialek TERENGGANU. yelah, ramai orang alim berasal dari sane. ALHAMDULILLAH. orang alim ulama.. aku sangat gembira. jauh di sudut hati aku rasa tahu ini semua angkara siapa. aku harap mereka fikir dengan mendalam kesan perbuatan ini. pernahkah aku menyusahkan mereka? namun aku bersyukur. semoga mereka MAKAN sendiri nasihat yang mereka berikan kepada aku seumpama aku MAKAN DAN KUNYAH nasihat mereka itu..
kawan oh kawan. marilah kita sama sama mematangkan diri dan membesar. jangan nak buat benda bodoh dan pengecut macam ni. oh oh, terima kasih sekali lagi. kamu menyerikan Ramadhanku. Alhamdulillah. Raya ni jemputla datang ke rumah kerana yang baik itu sentiasa di atas dan yang buruk tu akan sentiasa di bawah. =D
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK
1 comment:
weh...tu dialek kelantan ar..bukan trganu....
Post a Comment