Thursday, January 20, 2011

buka telinga.

ok. hari ni ak lepak kat rotiboy ECM,tunggu farouq. die tinggalkan ak jap.. hahaa,largho btol... smbil duk2 menunggu ni ak online la. main2 FB,sambil2 tu kononnya nak setelkan course registration kat student portal. tapi masalah la plak sbb student portal da jd satu webpage yang giler asing bg aku.. hahaa.. da update kot. bg aku yg ta brape update IT ni watkan aku malas nak amek tau. tunggu nanti je mintak tolong kawan ak je. sumenye sbb aku malas nak pikir..

hmm,malas nak berfikir dan ambik tahu. tu la ape yg aku rase skarang. sbnarnye rase ni digenerate kan dari perasaan malas. malas jiwa,malas minda,malas badan. sume ade. haih,kenapa la aku leh malas macam ni. malas nak ambik pusing. bahaya sikap ni. mmg bahaya..
sikap camni leh manghancurkan sesebuah institusi.

ok,earlier this evening,aku kne hadiri interview bg student yg wat rayuan untuk kemudahan kolej. aku termasuk dlm senarai rayuan sbb sem lepas aku tak sertai aktiviti2 kolej. yelah,malas kan.. jadi,mase interview tu,tuan pengarah tu,En. Azahari Aziz mmg basuh kitorang. kesnya,die tak berkenan dgn sikap2 student yg tak amek kesah sal ape2 yg berlaku di sekeliling dorg. rmai student yg langsung ta knal kakitangan uitm sendiri.

ye,ape yg die cakap tu mmg bagi kesan bg aku. sbbnya,ak jugak tergolong dalam golongan student2 macam tu.. bukanlah aku langsung tak kenal,tapi aku masih tak kenal ramai lagi orang2 kuat dan penting yang menubuhkan institusi uitm yang gah dan yang berjasa pada aku ni.

tapi,aku berani cakap,tak ramai student yg fikir ape yg aku fikir sekarang. ramai student,dan kawan2 aku sendiri pun tenggelam dalam dunia sendiri. membutakan mata dan memekakkan telinga pada apa2 je yg berlaku di sekeliling. tenggelam dengan dunia seronok mereka. bagi aku,aku ada keluarkan usaha kalau tak banyak pun sedikit, utk berjaya sbb aku sedar di mana aku berdiri dan dimana aku menagih jasa.

apa yg en azahari cakap tadi aku da rase macam akan jadi perjuangan aku sendiri jugak. jihad kecil-kecilan. haha. aku nak student yg macam aku ni sedar yang ape yg kami dapat sekarang ni da cukup baik sbb ramai student yg bising,komplain mcm2. hello,sedar sikit. ape yg kita da dapat ini da cukup baik. kalau kau rase kau deserve yg lagi bagus,kenapa kau ade kat sini? bersyukur la kawan2. fikir ape yg ko boleh bagi sbg balasan. jgn fikir ape lagi yg kau boleh dapatkan lebih untuk puaskan hati kau.

~haihh,aku cuma harap aku tak jadi orang yang hanyut dan lupa diri. aku harap aku takkan lupa jadi org yang sentiasa bersyukur dan membalas budi. apa yg aku lalui hari ni mmg sedarkan aku. aku akan cuba tak menjadi org yg aku tak mahu..

No comments: