Sunday, November 13, 2011

gelap

aku sarung baju kau sebab aku mahukan sisa bau kau. aku pakaikan diri ku dengan pakaian kau sebab kononnya aku ibarat berada bersama kau. aku baring di pembaringan kau sebab aku ingin tarik nafas dan bau kehadiran kau. aku baring di pembaringan kau dan aku memang dapat bau itu, bau wangi syampu rambut kau. kononnya aku ada dengan kau tapi aku tipu aku. aku tipu aku lagi. aku akan tetap tipu aku. sebab kau tiada di sini. aku mahu berhenti fantasi..

Monday, October 17, 2011

if I die young..

kalau lah aku mati awal..
sempat ke aku banggakan mama dan pap dengan kejayaan anak sulung mereka ni?

kalau aku mati awal..
sempat ke aku menjadi contoh buat adik adik aku supaya mereka ada pendorong untuk turut sama berjaya dalam hidup dan banggakan mama dan papa?

kalau aku mati awal..
cukupke bekalan ilmu dan amal ibadat di dada aku ni untuk dijadikan bekalan di sana nanti?

kalau aku mati awal..
sempat ke aku jumpa dengan semua kawan kawan aku dari zaman kanak kanak sampai sekarang?

kalau aku mati awal..
sempat tak aku bagi orang orang tersayang aku rasa duit hasil titik peluk aku bekerja?

kalau aku mati awal..
apa perasaan satu satunya grandparent aku, tok ayah? masa dia belum tiba tapi aku pergi dulu.

kalau aku mati awal..
bolehkah kekasih aku terima keadaan hidupnya tanpa aku?

kalau aku mati awal..
berapa lama kawan kawan aku akan ingat aku?

kalau aku mati awal..
sempat ke aku minta maaf dari mama dan papa atas setiap satu kesalahan aku dari sebesar zarah sehingga ke sebesar alam sekalipun?

kalau aku mati awal..
mampukah mama papa cium dahi aku sebelum muka aku ditutup kain kapan, entah apa keadaaan jenazah aku pada ketika tu.

kalau aku mati awal..
bolehkah adik adik ku angah dan ilmi terima ketiadaan aku?

kalau aku mati awal..
aku belum sempat berbakti pada papa dan mama.

kalau aku mati awal..
angah dah tak payah kongsi bilik dengan aku, bilik boleh digunakan sepenuhnya untuk angah study, simpan barang barang. selesa la sikit.

kalau aku mati awal..
sempatkah aku dimaafkan kawan kawan aku andai pernah aku sakitkan hati diorang?

kalau aku mati awal..
aku tak sempat tebus dosa dosa yang mama papa tanggung sejak aku lahir lagi.

kalau aku mati awal..
halalkah semua makanan yang pernah masuk ke perut aku ni?

kalau aku mati awal..
bagaimana keadaan badan aku, sempurnakah untuk dipulangkan pada Allah SWT?

dan kalau aku mati awal..
aku tak sempat berTAUBAT..

Sunday, August 14, 2011

ALHAMDULILLAH

dalam bulan Ramadhan ni macam macam perkara yang kita tak jangka boleh berlaku. contohnya macam ribut, kemalangan, kecelakaan dan juga rezeki melimpah ruah yang diberi Allah SWT. tapi bagi aku, aku memang tak mengharapkan apa apa. yang jahat yang baik, itu semua rezeki. tapi sangat aku tak sangka pada satu malam aku dapat SMS yang berbau ugutan dan pesanan yang agak intimidating tapi still aku rasa tak logik untuk diterima akal sebab SMS tu sangat sangat lah menggangu ketenteraman aku selepas waktu berbuka. terima kasih sangat sangat aku ucapkan pada penghantar SMS yang GILA tu!

aku nak ucapkan terima kasih pada si penghantar sebab kerana jasa dia yg
tiba tba menghantar SMS sebegini pada aku
"ingat sikit hidup ni bukan sentiasa kat atas, sampai masa kita mati jugak.."
ketika aku sedang duduk duduk berehat. kerana terlalu insaf dengan pesanan si penghantar SMS dan juga risau takut SMS yang begitu berharga dah tersalah hantar aku pun reply la
"ko ni sape? tibe2 hantar mesej macam ni?".
lalu si penghantar SMS pun reply
"bo lar mu kecek. aku cume nak pesan ape bende ntah aku lupe ape
yang die pesankan kat aku tu. ko ingat la.".
hahaha bertuah nye aku diberi ingatan sebegitu rupa. aku pun membalas SMS si penghantar SMS ini,
"ko ni sape, ko da salah hantar mesej ni. aku tak cari pasal dengan sape2
tibe tibe ko hantar SMS macam ni."
lalu die turut membalas dengan sebuah SMS yang begitu berharga sekali
"aku tak salah k. ingat la apa yang aku pesan ni k. salam!"
walawehh aku sangat insaf dengan tegurannya. aku pun ucap terima kasih la kan..
"haha, thanks. ko pun jugak ok. salam!"
hahaha. aku sangat bangga dapat mesej sebegini. tak pernah aku dapat SMS sebegini.

SMS dari pihak si penghantar agak lain sedikit dialeknya tapi dengan kandungan yang lebih kurang sebab aku tak pandai la nak tiru kata kata dia yang umpama intan berlian tu.

tapi yang terkilannya, aku cuba nak hubungi si penghantar SMS ni. nak la ucap terima kasih dan nak tanya kat universiti mana si penghantar SMS ni menuntut sebab sungguh manis cara tegurannya terhadap aku tu. tapi agaknya si penghantar SMS sedang beribadah sebab langsung call aku tak diangkatnya dalam jangka masa dia menghantar pesana ringkas ke handphone aku tu. yelah, tengah bertafakur agaknya. hahaha.. bangga aku dipilihnya.

ouh, yang paling seronok, SMS yang dihantar tu berdialek TERENGGANU. yelah, ramai orang alim berasal dari sane. ALHAMDULILLAH. orang alim ulama.. aku sangat gembira. jauh di sudut hati aku rasa tahu ini semua angkara siapa. aku harap mereka fikir dengan mendalam kesan perbuatan ini. pernahkah aku menyusahkan mereka? namun aku bersyukur. semoga mereka MAKAN sendiri nasihat yang mereka berikan kepada aku seumpama aku MAKAN DAN KUNYAH nasihat mereka itu..

kawan oh kawan. marilah kita sama sama mematangkan diri dan membesar. jangan nak buat benda bodoh dan pengecut macam ni. oh oh, terima kasih sekali lagi. kamu menyerikan Ramadhanku. Alhamdulillah. Raya ni jemputla datang ke rumah kerana yang baik itu sentiasa di atas dan yang buruk tu akan sentiasa di bawah. =D

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Wednesday, July 27, 2011

blabkberry

saya pengguna blackberry dah sekarang

happy

sebab beli dgn duit sendiri

kepuasan yang maksima

sayang yang teramat kat gadget baru saya ni

hehe

walaupun dah basi da blackberry ni

lagi lagi model macam saya ni

tapi saya happy

saya memiliki smartphone

haha

hoho 

huhu

##

Thursday, July 14, 2011

hoos the boss?

hari ni aku naik pangkat.

dari budak praktikal jadi boss.

mwahaha.
sebab bos takda. PA dia takda.

staff lain takda.

so, sape in charge?

haha mestila saya!

jadi saya la boss.

thaa boss!!
argh argh argh~

Wednesday, July 13, 2011

kambing itu boleh berkatakata!

ada la sorang mamat ni. dari dulu lagi. zaman2 myspace lagi da kenal la.
kononnya suka dgn cara aku.

special le teww i....

hahaa.

tapi  MASALAHNYA aku takde la nak kawan sangat ngan mamat ni.
dengan da tuanya, huih.
tak minat, finally zaman2 myspace da over.
ingatkan da habis la kisah si mamat ni.

tuptups!

ada balik. add aku di FB.

astaga..
this guy aa, got shame onot?
dah bertahun tak bercontact (dulu pun ape la sgt, komen2 myspace je).
add aku pulak. aku pulak terapprove.
nak remove da tak sampai hati. tapi takpela,
itu hak asasi manusia dia nak add ke subtract ke kan.

say wattt?

 anyway.

aku tengok page die.
damn he's in timewarp.
he's stucked in the year 2006 where we were still on freakin myspace.

same thing in his myspace, same look, same dressup.
that same i'm-an-ageing-guy-but-i-still-wanna-dressup-like-a-kid look!!!
menyampohh aku tengok!!!

jahatnya. istighfar3.
hahaha.

jadi itula story nye. sebenarnye aku terkejut.
dia muncul kembali wat comeback.
jangan nak macam macam sudah la ye bang.
saya seramm. hahaha.


ahahhx!

Monday, July 11, 2011

pelik katanya.

aku : "b, syg ade blog. da lama. start jan 2011 ni (lame ke.). nanti checkout la blog syg. syg baru beritau sbb syg jarang update entry.."

dia : "OWW, buat ape buat blog??"

aku : "mm saje.."

dia : "buat apa bagitau kat orang ape yg syg buat tiap tiap hari??"

aku : "erkk,mm saje je..."

dia : "hmm pelik.."

:: hehee itula my B.. sentiasa kepelikan..