Thursday, June 30, 2011

multi-tsktsktasking!

multi tasking.

multi tasking adalah kebolehan untuk buat pelbagai kerja dalam masa yang sama. ataupun kepelbagaian pekerjaan (bodo punya translation, haha) ingat senang ke nak multi tasking ni?
silap silap terover terkejar-kejar sampai hancur, kacau bilau semuanya.
tak boleeee jadi wehh!

so, orang yang boleh multi task ni aku nak kategorikan dalam golongan G.E.N.I.U.S
ingat senang ke nak pastikan otak kita ni boleh bekerja dengan anggota badan kita dan mengawal semua anggota badan kita serentak dalam satu masa yang sama?

GENIUS LA TU!
so wow! orang yang boleh multi tasking ni adalah orang orang yang hebat. bijak bijak. boleh save byk masa dan semestinya adalah cekap cekap belaka.
dan untuk pengetahuan sedunia, aku mmg tak boleh multi tasking..
tak boLLeh.
keNNot at oll.
fail,
 9G.
tak boleh sangat-sangat sebabnya aku akan jadi pening gile gile dan juga GILE.
keserabutan itu menewaskan kewarasanku!!

 walau bagaimanapun, ada sesetengah perkara yang aku boleh multitask.
yes, very proud of it mwahaha.
tak semua orang berkebolehan macam saya cik siti wan kembung ni.

pertama-tama
MAKAN NASI SAMBIL TENGOK TV.

susah ni... mana nak makan nasik lagi....nak bentukkan nasik dalam lingkaran jari jemari ni....menggaulkan nasi dan lauk dengan sebati dalam jari jemari lalu menganggarkan size mulut yang sesuai untuk gumpalan nasi yang akan disuap ke dalam mulut tu....lalu nasi itu dikunyah dengan jujur dan ikhlas di samping lidah yang bekerja keras menyebatikan makanan dengan saliva dan dengan perlahan-lahan ditelan dengan berhati- hati. ini semua dilakukan semasa mata tertancap di kaca TV yang mana masa tu mata dan otak tertumpu pada warna-warna dan maklumat-maklumat yang tertera di TV tu. susah ni, susah. makcik bangga mampu sebegini sekalikk..

keduamua
MEMANDU SAMBIL !@#$%^&
semasa memandu, kita kena fokus pada jalan. mata tu kalau boleh terbeliak je, pandang jalan, tengok 200m ke hadapan. badan tu rapat ke steering, kaki tu ready atas clutch (kalau manual drive la) radio pon kalau boleh off, nanti ganggu konsentrasi. so driving alone pun da susah, tapi pada aku senang je. sambil 100% tumpuan aku tu pada driving, aku boleh sparekan dalam hampir 80% fokus aku ni untuk maki hamun bagi sedebik dua hamburan yang bukan sekadar 18sx malah 18sg dan kadangkala pg13 juga pada kereta sebelah yang ewah2 main masuk lane aku tak bagi signal, yang lembap macam siput tempang, yang bermanja-manjaan dalam kereta. ehh bolehh, tak susah. senang jee..

ketigaschmiga
WINDOW SHOPPING SAMBIL JADI FASHION CRITIC
(haah , aku la yang paling ade style dalam mall tu. orang lain semua busteng. =p)

tiap kali berjalan- jalan di mall, mata ni nak tak nak akan tertengok orang sebelah atas bawah. haah,aku memang suka wehh. eheh3. biar tak kenal pun, hati ni rase takleh nak duduk diam, mesti ada je yang terdetik bila tengok dia (orang-orang bertuah je, tak semua dapat peluang diperhatikan sebegitu rupa...ooyeah). adumakk mane nak berjalan lagi, mata nak kena tengok depan, tengok view, tengok new arrival. pastu macam mane pulak nak terpandang orang atas bawah ni. ala camane camane? tak sempat la. taaapi.! no worries. aku bisa melakukannya. hahaa. booleh,aku boleh sambil berjalan dengan serius tu mata aku boleh lagi tertancap pada orang yang peliks pembawakannnyapastu potpet mengata dengan geng sebelah  (ulang sekali lagi, hanya orang terpilih). biasanya budak-budak sekolah memang ada dalam list pemangsa. ada je yang tak kena. sebab well, gedikk nye terlebih sikit kadang kadang tu. ha,hebat kann? Maaf ye, jauhilah aku dari perangai seumpama orang gua ini ya Allah. =D

keempatrempat
BUAT KERJA SAMBIL MENGUMPAT

Bos da bagi kerja, tapi takpe la, bukan tak buat kerja tu. Cuma bukan buat sekarang kan. Sekarang ni masih mood lepak2 lagi, macam homeroom la especially kalau pagi tu. Kerja tu buat karang-karang la kan. Tapi…kenapa mesti tangguh kerja kan. Never procrastinate kan. Kita boleh multi task, buat macam saya.. sambil typing tu, kita mengumpat la. Kita nak discuss pasal sapa? Minah, didi, Kerry?? Cakap je sape. Kita mengumpat je sambil buat kerja tu. Jimat masa, jimat kos. Bos pun tak marah. Hujung bulan dapat employee of the month. Hahaa..!

Furiousfive!
ErK ErK SAMBIL MEMBACA

Mungkin saya seorang je yang tahu dan saya seorang je yang arif tentang ni. Which isss…..drumroll…membaung air besar sambil membaca buku. Hahaha. Its fun, try it. Ini adalah the most highest level of multitasking. Membaca sambil mengerjakan system penghadaman dan otot otot punggung dan..meneran, =p
Tanpa jiwa yang kuat dan otak yang pickup, ini tidaklah dapat dilakukan. Mungkin hanya saya yang mampu. Owh, bahan bacaan ape yang boleh dibawa?? APEAPE JE. Sume bolehh punye… tapi janganlah bawak text book sekolah kan. Poyo pulak walaupun aku pernah membuatnye. Hahaa…!!

Jadi itulah dia, perkara yang aku boleh multitask, ataupun pelbagaikan kerjaan aku. Haha. Apa apalah. Peaase.


Tuesday, June 28, 2011

CRAVINGS OR PLAIN HUNGRY?

Hari ni hari ke3 dah aku mengganti puasa. Waktu sekarang pukul 12.40 dan aku nak cakap 2 perkataan je sekarang.
 
AKU LAPAR. .!!
 
Aduii.. mmgla tak baik asyik sebut lapar je mase puasa tapi nak buat cane, dah aku mmg lapar. Dah la dugaan berpuasa mase bukan Ramadan ni kuat. Yang sane makan, yg sini minum.
Bukak tv iklan KFC pulak. Aduuii.
 
Cobaann..!
 
Perut aku ni berkeriut keriut mintak diisi. Seolah olah perut aku ni cakap,
 “hoi mulut, gi lah carik makan, makan jela ape2 yg ade, aku ni dah lenguh duk memproses angin je..ko ingat aku suke sangat? Aku dahla bukan suke sgt keje ni, keje ko tu yelah senang. Bukak je- tadah nasik, tadah angin. Yang letihnye aku, duk mencerna ape yg ko masukkan. Bile time gini ko taknak pulak bagi aku pape. Aduhh mulut!”

Dan2 bontot pun menyampuk, “ah sudahla, macam korang berdua je susah, aku nih, ingat seronok sangat nak kena keluarkan ape yg department korang da pass kat aku??”
......................

Hah, lebih kurang ,macam tu la. U get the idea. =p

haihh so, aku lapar. First two days aku puasa ganti, rase relax je. Itu la pasal aku extend sampai hari ni. confident je boleh tahan. mane la nak tau jadi camni. kelaparan. jadi bile da lapar, macam2 la yg bermain dalam minda aku ni. seperti :
MCDONALD's GBC burger LARGE!!!
ataupun
MCDONALD's SPICY CHICKEN MC DELUXE LARGE!!
oo yeah, itu adalah sangat sedap ye adik2..

jadi dapatla aku kenal pasti, sebenarnye aku ni mengidam. mengidam pade burger si ronald mcDonald sebabnye da laaaaame sgt aku tak makan junkfood seperti yg berkenaan sbb kononnya nak diet tapi tak mejadi.
tapi kenapa out of all junk food aku nak kan MCD gak? kenapa, kenapa, kenapa??
haaiih sighh~
 mcD manderem saya? saya dimanderem mcD?
~
ini mesti sbb perut yang kosong punye kemahuan la ni. kemahuan perut aku ni untuk mencerna makanan seupama itu atau dgn spesifik rujuk kpd 3 perenggan dia atas.
jadi untuk memuaskan hati dan nafsu serakah diri sendiri, after office hour, no more diet, no more junkfood is bad wann
 i'm coming to uuuuuu mcDonald's~~~

~~~
mc Donald's Mc Donald's Mc Donalds~~

Monday, June 27, 2011

empatbulans



amaigadd! it has been four months! dah la aku ni baru mengenal dunia blogging (due to the lack of interests to trends and surroundings). haha. seriously, aku baru berblogging at the age of 21 -sbb sbelum ni aku rase aku xkan ade mase nak update blog, kupas isu, present my thoughts, yadayadayada kalau aku adalah seorang blogger..





lepas tu, january, aku cuba menitipkan tinta2 komputer ke kanvas monitor lalu aku sedar.


AKU JATUH CINTA!

kat blogging la konon. koya, sumbel. jadi january la baru aku publish post pertama aku. itupun tulisan yg picisan dan keanak2an kan. yela, tak perlu serius rasenye. =p


ok, back to what i was saying, aku da lame tak update blog aku ni lah kan, itula pokok pangkalnye. tiap2 hari pikir nak update, ada dah topik yg nak dibuat entry tp yelah kan, takde mase - jujur tuh, bukan main2.

mungkin rase nak menulis tu datang balik lepas series of blogwalking la kot. haha. rase macam aku harus clearkan sawang2 dalam nana and thoughts ni pastu start writing again from time to time. cube la kan, cube. hehee. tak janji la blog aku ni dah takkan bersawang. mungkin juga akan bersawang sekali sekala. tapi aku cube la kan. haha. merepek, berapa panjang punye explanation daa.

so from now on, i will try my best to update anything i could to my dearest blog and hope someone would be happy reading it.
saya janji sama laptop saya ni. haha.

lovesayangcinta.